Saturday, February 12, 2011

ISU-ISU SEMASA

HARI KEKASIH
Penolakan kepada sambutan Hari Kekasih bukanlah ia berasal dari Barat tetapi kerana bertentangan dengan ajaran Islam - Kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz. (Utusan Malaysia, Ahad 13.Feb.2011) 

Islam tidak menetapkan hari tertentu untuk meraikan kasih sayang dan melarang umatnya daripada
terjebak dalam kegiatan maksiat. Tidak wujud Hari Kekasih dalam Islam. Mereka yang menyambutnya adalah jahil berkenaan Islam kerana ia membawa kesan buruk kepada akhlak manusia. - Kata Datuk Md. Daud Che Ngah, Pendakwah bebas. (Utusan Malaysia, Ahad 13.Feb.2011)


MELAYU DALAM DILEMA BESAR
Kita selalunya malu alah kepada bangsa lain dan tidak berani menyebut perkara yang benar' - Tun Dr. Mahathir Mohamad

SENI BATIK MALAYSIA
Anwar Ibrahim tidak layak pertikai seni batik Malaysia. Ramai orang menyatakan kenyataan beliau tentang batik Malaysia bukan sahaja sebagai satu tindakan tidak berintegriti daripada orang yang tidak berilmu dalam bidang tersebut malah ia seolah-olah mahu menjatuhkan maruah negara. (Petikan daripada Utusan Malaysia 15.2.11)

TUMBANGNYA SEBUAH KERAJAAN.
Ambillah iktibar daripada apa yang berlaku di Mesir. Namun, ramai yang tidak tahu di belakang kejayaan revolusi rakyat itu ada ''kuasa luar'' memainkan peranan penting membakar semangat penduduk Mesir untuk bangun memberontak menentang rejim autokratik yang telah mencengkam penduduk Mesir selama tiga dekat. Itulah kuasa internet dan itulah yang berlaku di Mesir apabila golongan aktivis muda menggunakan rangkaian sembang sosial facebook bagi membakar semangat untuk bangkit memberontak menentang kerajaan. (Petikan daripada Utusan Malaysia 15.2.11)


 

No comments:

Post a Comment